PRA PERASMIAN SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI OLEH YAB DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON PADA 17 NOVEMBER 2015

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mula diperkenalkan pada 2006 merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhimatan SDSI yang unik dari seluruh Malaysia. Program ini adalah satu usaha untuk memasar dan mempromosikan produk/perkhimatan SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa. Showcase SDSI merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron pada 17 November 2015. Untuk Makluman, program ini dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka sejak tahun 2006 dengan kerjasama kerajaan Negeri Melaka.