Cendol Kampung Hulu

Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi. Mesti seronok 3 hari cuti minggu nie kan ?? Mesti lemau nak masuk kerja kan? Tambah dengan kesesakkan lalu lintas pagi tadi. Fuhh berpeluh jugak la kan?? So ada sesiapa nak share pengalaman percutian dengan min tak?? Kalau takde sapa nak share, min jela yang share apa min buat pada hari cuti lepas, salah satunya min minum Cendol Kampung Hulu untuk legakan tekak yang kering nie , kawasan Cendol Kampung Hulu nie berdekatan dengan Tong Hup lama.Kalau yang piau orang Melaka memang tahu la kan area mana , Tapi pada sesiapa yang tak tahu tu, Cendol Kampung Hulu nie berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu , so boleh guna waze tapi kalau nak senang naik bas je jimat minyak. So mana mana teringin nak cuba cendol nie boleh naik bas bernombor 17, dan minta pemandu akan turunkan berdekatan dengan kawasan Cendol Kampung Hulu nie, tapi kena jalan kaki sikit je la.