MANUFACTURE, SUPPLY, DELIVERY, TESTING, COMMISSIONING AND WARRANTY OF FOURTY (40) UNITS OF LOW FLOOR SINGLE DECK BUS -12 METRES COMPLETELY-KNOCK-DOWN (CKD) DIESEL CITY BUSES FOR PMSB

Panorama Melaka Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang menguruskan perkhidmatan bas henti-henti negeri Melaka bermula dari bulan Februari 2012 sehingga sekarang. Tujuan penubuhan syarikat adalah untuk memperbaiki sistem perkhidmatan awam diseluruh negeri Melaka bagi kemudahan rakyat serta juga ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sistematik merangkumi jalan-jalan sosial (luar bandar).

Kenyataan Tender

No. TenderTajuk TenderJenis Tender & Kelayakan PetenderTempat & Tarikh
Penjualan Dokumen Tender
Harga & Butiran Pembayaran bagi
Dokumen Tender
Tempat Serahan &
Tarikh Tutup Tender
PMSB/TBB/001/
2013
“MANUFACTURE, SUPPLY, DELIVERY, TESTING, COMMISSIONING AND WARRANTY OF FOURTY (40) UNITS OF LOW FLOOR SINGLE DECK BUS -12 METRES COMPLETELY-KNOCK-DOWN (CKD) DIESEL CITY BUSES FOR PMSB”Tender Terbuka

Panorama Melaka Sdn Bhd Lot 19B & 19C Zone B, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka

8/Februari/2013

dari jam

9.00 pagi hingga 5.00 petang
pada waktu pejabat

RM500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
(tidak dipulangkan)
dalam bentuk
‘Bank Draft’/ ‘Banker’s Cheque’ pembayaran kepada Panorama Melaka Sdn Bhd

Panorama Melaka Sdn Bhd Lot 19B & 19C Zone B, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka

Pada

13/Februari/2013
Sebelum
5 petang

  1. Petender – petender daripada Pengilang Casis Bas adalah dipelawa untuk menyertai Tender di atas dan memenuhi kriteria MANDATORI di bawah:
    • Mestilah Pengilang Casis Bas atau Ejen Sah Pengilang Casis Bas di Malaysia; dan
    • Diwajibkan menghadiri sesi taklimat sepertimana di bawah:
      • Tarikh: 8 Februari 2013
      • Masa: 9 am
      • Tempat: Panorama Melaka Sdn Bhd  Lot 19B & 19C Zone B, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka
  2. Dokumen Tender akan dipamerkan dan mula dijual mulai tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam jadual di atas. Panorama Melaka TIDAK akan melayan sebarang permintaan pembelian Dokumen Tender sebelum dan/atau selepas dari tarikh yang tertera.
  3. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil Petender yang sah (bona fide) sahaja. Untuk tujuan tersebut, wakil-wakil petender DIWAJIBKAN membawa (i) Surat Pengesahan sebagai wakil dari Petender (ii) Borang 9 dan (iii) Surat Pengesahan sebagai Ejen Sah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Pengilang Casis Bas bersama SALINAN yang telah disahkan (‘‘Certified True Copy’’) oleh Setiausaha Syarikat atau Pegawai Kerajaan Kumpulan.
  4. Mana–mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Petender sepertimana termaktub dalam definasi di Akta Syarikat 1965 tidak boleh mengemukakan tawaran Tender untuk membekal peralatan/mesin yang sama seperti yang ditawarkan oleh Penender bagi tujuan Tender yang dinyatakan di atas. Sebarang pelanggaran syarat ini boleh mengakibatkan tawaran Tender ditolak dan dibatalkan.
  5. Petender adalah diperingatkan bahawa salinan sijil yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah TIDAK akan diterima selaras dengan arahan Mahkamah Persekutuan Malaysia [Ruj. (44) dlm JK/MP/ 53/WP (140/97), 23 Jun 2005].
  6. Panorama Melaka adalah tidak terikat untuk menerima tawaran harga terendah atau sebarang tawaran berkaitan Tender ini.
  7. Semua Pembekal/Kontraktor yang telah berdaftar dengan Panorama Melaka atau yang telah menyerahkan pendaftaran minat (’Expression of Interest’) dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di atas, sekiranya berminat untuk mengambil bahagian dalam tender ini.
  8. Sebarang pertanyaan atau penjelasan, Petender disarankan untuk menghubungi Panorama Melaka Sdn Bhd di talian 06-2826466 sambungan atau email kepada panoramamelaka.com.my. Maklumat lanjut mengenai iklan ini dan profil Panorama Melaka Sdn Bhd boleh dilayari di laman web kami www.panoramamelaka.com.my

Muat Turun Versi PDF di sini